Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

Nota Ringkas Sejarah tahun 5 (Unit 10 : Lagu Kebangsaan Malaysia)

 10.1 Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia

  • Lagu kebangsaan ialah lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat di negara kita.
  • Lagu ini digubah sempena untuk menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
  • Lagu "God Save The Queen" (lagu kebangsaan British) dinyanyikan oleh rakyat sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
  • Pada tahun 1957, satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan.
  • sebanyak 514 penyertaan telah diterima.
  • Akhirnya Lagu "Terang Bulan" iaitu lagu negeri perak dipilih sebagai lagu kebangsaan negara kita.
  • Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai oleh Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj telah mengambil beberapa baris sajak yang dihantar oleh orang ramai untuk dijadikan sebagai lirik lagu Negaraku.

10.2 Negaraku Lagu kebangsaan Malaysia

  • Negaraku ialah lagu kebangsaan negara kita.
  • Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menjiwai maksud lirik lagu kebangsaan
  • Apabila kita memahami dan menghayati maksud lirik lagu kebangsaan , kita dapat memupuk perasaan sayang dan cintakan negara.

10.3 Menghayati Maksud lagu kebangsaan

  • Lagu Negaraku perlu dinyanyikan dengan etika yang betul iaitu kita hendaklah diri tegak ketika menyanyikan lagi Negaraku.
  • Ini adalah sebagai tanda kita menghormati lagu kebangsaan negara.
  • Lagu kebangsaan dinyanyikan secara beramai-ramai dan hal ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme rakyat.


10.4 Atika Nyanyian Lagu kebangsaan

  1. Kedudukan fizikal semasa nyanyian Lagu Kebangsaan 
  2. Suara dan penghayatan semasa nyanyian Lagu Kebangsaan 

  3. Bagi murid yang datang lewat ke sekolah 

  4. Bagi orang kurang upaya (OKU) 
    (Sumber : Buku Teks Sejarah tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)

10.5 lagu  Negaraku Membentuk Jati diri

  1. Melahirkan warganegara yang taat setia kepada raja dan negara.
  2. Melahirkan warganegara yang berusaha memajukan diri dan bercita-cita tinggi untuk berjaya.
  3. Kemupuk rasa cinta akan negara, berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
  4. Memupuk perpaduan dan menghirmati kepelbagaian kaum, agama serta budaya yang wujud di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments